Friday, January 25, 2013

HIKMAH ISTIKHARAH

Tahukah anda solat sunat istikharah bukan hanya dilakukan  untuk mendapat petunjuk tentang JODOH tetapi solat sunat istikharah juga amat dituntut setiap orang beriman. Ini membuktikan bahawa apa - apa keputusan yang dilakukan berdasarkan keputusan  daripada Allah. seharusnya sebagai Muslim,segala perkara yang memerlukan kepada jawapan yag tepat, haruslah ditanya pada RABB kita terlebih dahulu dengan cara menunaikan solat sunat istikharah terlebih dahulu agar keputusan yang dibuat tidak membawa penyesalan suatu hari nanti.

 Di sini, saya ingin berkongsi tentang hikmah kita melakukan solat sunat istikharah. Semoga ia memberi manfaat pada kita semua.

HIKMAH SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Menggantikan kebiasaan kaum jahiliah
pada kebiasaanya kaum jahiliah yang ingin menetapkan pilihan mereka melalui burung-burung atau melalui anak panah, baik ketika ingin menentukan pilihan mereka dalam perkahwinan, ketika hendak berjalan jauh, atau ketika hendak melaksanakan sesuatu urusan  yang mereka anggap penting dalam kehidupan, rumah tangga mahupun kepercayaan.

ilmu yang sangat HALUS
menurut kitab Al-Sunan Wa al--Mubtada' mengatakan bahawa orang-orang yang melupakan solat istikharah ini bermakna telah melalaikan ilmu yang sangat halus yang merupakan kemudahan daripada Allah s.w.t melalui solat. kemudian berpaling ke jalan kefasiqan.

penyataan yang TULUS
solat istikharah merupakan satu 'instrument' yang sangat tulus bagi seseorang Muslim kerana kebergantungan kepada Allah secara total dan tidak mengharap selainnya. Dengan kata lain, segala keputusan yang nak dibuat, Allah lah tempat rujukan yang utama sebagai penemu jawapan yang hakiki.

surah dan doa solat sunat istikharah
Mengenai surah yang dibaca, ada ulama mengatakan bahawa dalam solat ini elok dibaca surah Al-Kafirun dan surah al-Ikhlas. Tetapi menurut Sayyid Sabiq mengatakan tidak ada surah yang khusus untuk dibaca dalam solat ini dan tidak perlu dikerjakan  secara berulang-ulang.

 Memilih jodoh
solat istikharah amat digalakkan kepada seseorang yang bimbang memilih  jodohnya.
Rasulullah s.a.w bersabda :

"sembunyikanlah pinangmu,kemudian berwuduklah dan perbaikilah wudukmu, kemudian lakukan solat seberapa yang telah ditetapkan oleh Allah(maksudnya seberapa dikehendaki). sesudah itu pujilah Allah"


semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua, insya-Allah.





Thursday, January 17, 2013

sEbuah !JTihad...


Desiran angin petang menghembus tirai kamar milik Syihabuddin yang sedang asyik termenung mengenang kisah lampau satu tahun lalu yang telah menimpa dirinya....
“kringg..kringgg.kringggggg….”

Telefon bimbit Sony Ericsson kepunyaan Syihabuddin dari tadi asyik berdering. tapi pemiliknya tidak pula menjawab … Barangkali tidak menyedari  deringan  tersebut.

“Huh!!! Letihnya hari ni..banyak pulak pensyarah bagi assingment..dia ingat kita ni mesin ke nak cepat-cepat..kita ni manusia tau..ada hadnya..

Wan, ada nampak tak handset ana? Dari tadi ana cari, tapi tak jumpa-jumpa pun.”
“Hmmm…din..din…cuba anta ingat balik kat mana kali terakhir anta letak handset tu…manalah tahu anta tak terambil ke masa nak ke kuliah pagi tadi…”
“Haaa…betul jugak kata anta tu…jap ana cuba ingat semula…”

 
Lima minit kemudian…….

 

“Wan, ana dah jumpa handset ana. Rupa-rupanya ana letak dalam almari..patutlah tak jumpa..simpan kat tempat lain rupanya..”
“Haaa…tu lah anta..lain kali simpan betul-betul..ni dah pening  jadinya…”
“Wah!!!banyaknya miscol dan massage…siapa la agaknya…”

 
“adik…kenapa tak angkat telefon…dari tadi akak col tapi tak dapat-dapat..”
“adik….angkatlah..”
“adik…kalau tengok massage ni col akak ye…ada hal penting ni yang adik mesti tahu…
Semoga Allah memberi ketabahan kepada adik..”

Inilah diantara mesej yang dihantar oleh kakak syihabuddin.

“aikk…peliknya…ada apa-apa ke ni??
Selama ni tak pernah pulak hantar mesej sebanyak ni…ni mesti ada apa-apa ni….ish…tak boleh jadi ni….”

Serta-merta jantung Syihabuddin berdegup kencang seperti baru menamatkan larian olahraga 200 meter.

Lantas dia terus menelefon kakaknya….

tut..tut..tut…tut…

Assalamualuaikum…”
“Waalaikumussalam…adik apa khabar??”
“Alhamdulillah,sihat..akak macam mana?”
“akak…macam biasa lah..Cuma...”
“Kenapa?? akak sakit ke??”
“Tak da la dik…Cuma…Cuma…”
“Cuma apa kak?? bagitahulah…jangan buat adik tertanya-tanya…”
“Sebenarnya…..sebenarnya….”

Tangisan kakak sudah kedengaran…

“Ish…peliknya…apasal plak kakak aku menangis dengan tiba-tiba ni..”

Syihabuddin bermonolog sendirian.. debaran kian dirasainya.

“Sebenarnya apa kak? jangan buat macam ni kat adik…”
“Sabar ye dik…sebenarnya ayah kita dah tiada..”
“Ayah pergi mana kak??”
“Adik…dengar sini baik-baik ya… ayah kita dah meninggal dunia pagi tadi..sebab tu akak col adik banyak kali tapi adik tak angkat-angkat…”
“akak bohong….adik tak percaya…ayah masih hidup…ayah kita masih hiiiiiiduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuppp…”

 

Serta merta Syihabuddin jatuh terjelepuk di atas lantai. Dia menangis semahu-mahunya.
Kebetulan pada masa itu hanya tinggal dia dan temanya, Wan.

 
“Din…Din…Din.. anta kat mana tu..dari tadi ana tunggu …ana nak ajak anta keluar…Din…Din…aik…peliknya…kenapa diam je ni…aku rasa dia tak pergi mana-mana tadi…tapi kenapa panggilanku tak bersahut…aik…siapa pulak tu yang menangis..takkan perempuan kot ada dalam bilik ni…Sejak bila pulak pihak universiti benarkan pelajar siswi  masuk kamar siswa… ish..ish…musykil aku…tak pe..tak pe..aku ada kaki…biar aku pergi tengok sendiri…siapa yang nak sangat menangis tu…”

Terjegil biji mata Wan ketika melihat sahabatnya, Syihabuddin menangis teresak-esak sambil memegang telefon bimbit.

 

“Masya-Allah…anta…kenapa ni???
Apa yang dah berlaku?? cuba anta bagi tahu kat ana.. manalah tahu ana boleh bantĂș ke…”
“……………………………………………………….”

“Anta…kenapa ni??
Ana ada buat salah apa-apa ke pada anta…kalau ada, ana mintak maaf…”
“……………………………………….”
“Anta…janganlah macam ni….risau ana…”
“Wan...ayah ana dah tiada.dia meninggal dunia pagi tadi…dia accident

“Hah!!gurlp…innalillah wainna ilaihi rojiu’n…ya Allah…beratnya ujian yang Allah bagi kat anta…..sabar ye anta…”
“Anta…kenapa Tuhan cepat sangat ambil nyawa ayah ana…Ana sanggup ganti tempat ayah ana….ana sanggup pergi dulu…janganlah ambil nyawa ayah ana....Ayah…jangan tinggalkan Din…Din sayangkan ayah…ayah….maafkan Din…maafkan Din,.yah….”

Syihabuddin kembali menangis… tangisnya kini mengalahkan budak kecil menangis.

“Anta…sabar ye… Setiap manusia pasti akan mati. Cuma waktu dan ketikanya sahaja kita tak tahu.. Allah ambil nyawa ayah anta itu tandanya Allah sayang ayah anta…suatu hari nanti ana pun akan dijemput oleh Allah…
Anta…tak baik kita meratapi kematian seseorang hatta arwah ayah kita sekalipun.. seksa mayat tau… tabahkan hati ye… ana tahu…anta yang ana kenal seorang yang kuat menghadapi ujian-NYA…”
“Wan…ana….ana…ana …”
“Anta…dah…dah..jom bersiap-siap kita pergi rumah anta…jumpa ayah anta buat kali terakhir…..pasal assignment tu anta tak payah fikir lagi..jom  cepat bersiap …”

Air mata Syihabuddin sejak dari tadi tidak berhenti-henti mengalir di pipi. Temannya, wan asyik melihat gelagat sahabatnya itu. Dari hatinya yang tulus, dia mendoakan agar Allah memberi ketabahan kepada sahabatnya. Dan semoga Allah merahmati serta mencucuri roh arwah ayah sahabatnya itu.

*********************************************************

Seminggu kemudian….

“Din... kenapa ni… dari tadi ana tengok anta bersendirian. makanan yang ana sediakan pun tak dijamah.. makanlah sedikit… kesian perut anta tu…”

“Anta….ana rindukan arwah ayah ana …ana tak sempat nak mohon ampun darinya.. Ana dah banyak buat dosa kat arwah.”
“……………………………………”
“Anta…sabar ye…tabahkan hati.. Insya-Allah arwah ayah anta dah maafkan anta dan segala kesilapan anak-anaknya..banyakkan berdoa pada-NYA kerana DIA lebih mengetahui apa yang terjadi.”


Sekali lagi manik-manik jernih berguguran jatuh membasahi pipi Syihabuddin. keadaanya semakin teruk. seperti  sudah kehilangan semangat untuk meneruskan hidup. keadaanya kini sudah tidak seceria seperti dahulu. Selalu bersendirian dan murung.. kadang-kadang hidupnya tidak tentu arah.. tidak menghadiri kuliah, assignment yang diberi tidak disiapkan pada waktu yang telah ditetapkan. Syihabuddin yang dahulu sudah lenyap …yang tinggal hanyalah bayang-bayang keceriaannya pada masa lalu.

Tibalah suatu saat yang betul-betul mengejutkan sahabatnya....

“Wan, ana nak berhenti belajarlah. Ana nak bekerja…ana nak tolong keluarga ana. ana nak tolong mak dan adik-adik ana yang masih kecil tu..ana sanggup korbankan masa depan ana untuk membantu  mereka..ana dah tiada semangat nak teruskan pengajian ana ni..ana tahu walaupun ana baru semester satu tapi…………..

Ana betul-betul tak mampu nak teruskan pengajian ana ni.”
“Ish…kawan aku ni  biar betul tak nak belajar dah…
Din..anta tak boleh macam ni..sanggup anta hampakan harapan arwah ayah anta..anta tak boleh macam ni..anta mesti bangkit..jangan hampakan harapan semua orang terutama mak anta sendiri..

Sahabatku…janganlah  cepat tewas dengan ujian -NYA..anta harus kuat..”
“…………………………………………”
“anta harus teruskan perjuangan ini walaupun dugaan yang Maha Esa sangat berat menimpa anta..
Din,..anta bukan keseorangan. . Anta ada sahabat-sahabat yang sentiasa bersama-sama dengan anta. Apa gunanya jika perkataan ukhwah fillah yang dulu sering meniti dibibir kita dan sekarang bila anta berkeadaan macam ni kenapa pula nak tinggalkan sahabat yang dulu  selalu bersama kita bersendirian menanggung kesedihan seorang diri. Anta… ingatlah!! kitorang selalu bersama-sama dengan anta  dan Insya-Allah kitorang takkan tinggalkan anta keseorangan menanggung beban yang anta tangggung sekarang.. Anta dah lupa ke janji kita dulu..susah senang kita sama-sama rasa kerana ukhwah kita untuk selama-lamanya dan bukan hanya sekejap cuma…”


“sahabat…

 bukan untuk dijadikan teman semasa susah sahaja.. tetapi semasa senang..
ada dikalangan manusia hanya mencari teman sewaktu dalam kesusahan..
bila senang sahabat yang selama ini bersusah dengan nya langsung tidak dihiraukan
“Ya Allah !!!
Apa yang aku dah buat ni????
Astagfirullah al a’zim…
Ya Rabb!!!
Terima  kasih mengurniakan aku seorang sahabat sejati dalam hidupku.”.

Sahabatku….
indahnya dunia dapat dilihat dengan mata
indahnya hati tak semua orang dapat merasa
indahnya cinta tak semanis namanya
tapi  indahnya  persahabatan  tak  ternilai  harganya…..

“Syukran ya akhi…anta dah banyak membantu ana…alhamdulillah ana dah sedar ana tak boleh menyerah kalah dan berputus asa…ana tak tahu nak cakap macam mana lagi.. Anta dah banyak bantu ana selama ni…syukurlah Allah telah menghantar anta untuk membantu ana dalam meneruskan perjuangan ini..”
“Hmmm…anta..anta….dah..dah….pergi basuh muka tu…mata pun dah bengkak tu.. …tak  penat  ke dari tadi  menangis…hehehehe…”

“hah!!betul ke mata ana bengkak….hehehe…malunya ana…tapi tak pe..ana dah tenang Sekarang..kata pakar psikologi  menangis  adalah salah satu cara nak mendapat ketenangan..hahaha…”
“eeeeeeeeee….macam perempuan…..”
“Biarlah. Yang penting ana dah puas hati. dan ana dah tekad…ana takkan cepat berputus asa lagi….ana takkan kecewakan dan hampakan harapan orang-orang yang ana sayang kerana Allah…selepas ni ana akan buktikan pada semua orang bahawa ana mampu berjaya walaupun ana telah kehilangan orang yang tersayang dan keadaan ini akan menguatkan lagi semangat ana untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar dan yang paling penting sebagai hamba Allah…
 
Ana akan berusaha menuntut ilmu Allah sebanyak mungkin selagi DIA memberi ana kekuatan untuk berbuat demikian..”
“Wow!!!betul ke kawan ana ni?? syukur alhamdulillah.. Allah dah kembalikan semangat pada anta…bahagia ana rasakan saat ini..
Semoga semangatmu terus menyala dan tidak cepat terpadam dek arus dunia.

Hmmm….bila semangat bersatu…ukhwah pun  terbina…
renung-renungkanlah…..”

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

*********************************************************

“Hai…..Din…dari tadi ana tengok anta termenung kat tepi jendela…ingat kat siapa tu…orang tersayang ke???  Hehehe…”
“Ish…anta ni…ada-ada je lah….”
“Anta,..mana sahabat-sahabat kita yang lain?
Dari tadi ana tak nampak…diorang pergi mana??”
“Anta…anta….jauh benar anta mengelamun ya…..sampai tak perasan sahabat kita ajak anta keluar pergi usrah…ish..ish…ish….”
“hah!!…ye ke??”

oh Tuhan..tunjukkanku jalan
untuk menempuhi dugaan ini
teman maafkan jika ku melukaimu
moga ikatan ukhwah yang dibina
ke akhirnya….
 *********************************************************************

                                                 
 

 

 

 

 

Wednesday, January 16, 2013

N!KMAT ALLAH TIDAK TERKIRA

" Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berjanji kepadamu: "sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami menambah nikmatku kepadamu."   (Ibrahim:7)

sungguh! nikmat Allah itu kalau nak dihitung, tak terhitung. Terlalu banyak nikmat yang dia bagi pada kita..nikmat kesihatan..nikmat IMAN...nikmat bernafas. tapi...adakah kita bersyukur segala apa yang DIA bagi pada kita??? malah seringkali kita menjadi insan yang lupa diri, lupa untuk mengucapkan syukur pada-nYA..(malu rasa diri ini bila membahaskan tentang SYUKUR).