Tahukah anda solat sunat istikharah bukan hanya dilakukan untuk mendapat petunjuk tentang JODOH tetapi solat sunat istikharah juga amat dituntut setiap orang beriman. Ini membuktikan bahawa apa - apa keputusan yang dilakukan berdasarkan keputusan daripada Allah. seharusnya sebagai Muslim,segala perkara yang memerlukan kepada jawapan yag tepat, haruslah ditanya pada RABB kita terlebih dahulu dengan cara menunaikan solat sunat istikharah terlebih dahulu agar keputusan yang dibuat tidak membawa penyesalan suatu hari nanti.
Di sini, saya ingin berkongsi tentang hikmah kita melakukan solat sunat istikharah. Semoga ia memberi manfaat pada kita semua.
HIKMAH SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Menggantikan kebiasaan kaum jahiliah
pada kebiasaanya kaum jahiliah yang ingin menetapkan pilihan mereka melalui burung-burung atau melalui anak panah, baik ketika ingin menentukan pilihan mereka dalam perkahwinan, ketika hendak berjalan jauh, atau ketika hendak melaksanakan sesuatu urusan yang mereka anggap penting dalam kehidupan, rumah tangga mahupun kepercayaan.
ilmu yang sangat HALUS
menurut kitab Al-Sunan Wa al--Mubtada' mengatakan bahawa orang-orang yang melupakan solat istikharah ini bermakna telah melalaikan ilmu yang sangat halus yang merupakan kemudahan daripada Allah s.w.t melalui solat. kemudian berpaling ke jalan kefasiqan.
penyataan yang TULUS
solat istikharah merupakan satu 'instrument' yang sangat tulus bagi seseorang Muslim kerana kebergantungan kepada Allah secara total dan tidak mengharap selainnya. Dengan kata lain, segala keputusan yang nak dibuat, Allah lah tempat rujukan yang utama sebagai penemu jawapan yang hakiki.
surah dan doa solat sunat istikharah
Mengenai surah yang dibaca, ada ulama mengatakan bahawa dalam solat ini elok dibaca surah Al-Kafirun dan surah al-Ikhlas. Tetapi menurut Sayyid Sabiq mengatakan tidak ada surah yang khusus untuk dibaca dalam solat ini dan tidak perlu dikerjakan secara berulang-ulang.
Memilih jodoh
solat istikharah amat digalakkan kepada seseorang yang bimbang memilih jodohnya.
Rasulullah s.a.w bersabda :
"sembunyikanlah pinangmu,kemudian berwuduklah dan perbaikilah wudukmu, kemudian lakukan solat seberapa yang telah ditetapkan oleh Allah(maksudnya seberapa dikehendaki). sesudah itu pujilah Allah"
semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua, insya-Allah.
No comments:
Post a Comment