Saturday, February 2, 2013

KELEMAHAN MENJADI SATU PELUANG

Bismillahirrahmanirrahim.......
syukur alhamdulillah kerana Allah masih lagi memberi peluang dan ruang untuk diri ini menggunakan jari-jemari ini untuk menulis sesuatu di lembaran dada blog ini. syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi peluang kepada diri ini merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikman IMAN dan nikmat ISLAM. selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. melalui baginda, hari ini agama ISLAM tersebar luas di seluruh dunia.

Sekadar perkongsian yang mungkin isi yang ditulis mungkin saja hanya biasa-biasa tapi insya-Allah bagi sesiapa yang ingin kebaikkan,yang biasa-biasa boleh jadi sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya.

KELEMAHAN MENJADI SATU PELUANG????
macam mana kelemahan boleh bertukar kepada peluang? setiap orang Allah berikan kekuatan dan kelemahan dalam diri masing-masing. tapi sejauh mana kita memandang kelemahan yang ada pada diri kita agar ia boleh menjadi kekuatan dan peluang pada kita?

Alhamdulillah,Allah izin saya mendapat jemputan khas dari Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) untuk memberi sedikit perkongsian kepada adik-adik sempena  sambutan ITHAR'S DINNER. walaupun saya sedar, diri saya bukan lah layak untuk memberi motivasi dan berkongsi sesuatu dengan adik-adik. kalau nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain, mereka lagi layak. saya bukan lah seorang yang pandai berkata-kata apatah lagi bila memberi motivasi di hadapan pelajar kolej yang pada ketika itu pesertanya sekitar 90 orang.

Orang yang tak biasa bercakap dihadapan  ramai orang, mungkin mereka gugup dan terketar-terketar. tapi menurut pakar motivasi yang pernah saya hadiri dalam satu program,katanya apabila berkeadaan sebegitu adalah normal bagi seseorang yang berhadapan dengan ramai orang.

Apa yang saya nak kongsi disini, walaupun pengalaman pertama menjadi panel jemputan untuk slot forum bersama alumni, saya bercakap pada diri saya," Allah tahu kamu mampu Nazifa, kerana itu Allah memilih kamu."

memang saya tak menafikan apabila berhadapan dengan mereka, penyakit gemuruh, berdebar semuanya berkumpul menjadi satu. bagi saya, walaupun pengalaman ini adalah pengalaman yang pertama bagi saya, saya bersyukur Allah memberi peluang dan kesempatan kepada saya untuk merasai dan melalui semua ini. Allah itu baikkan? walaupun kita tak minta, tapi DIA bagi PELUANG pada kita. DIA tahu kita mampu lakukannya. mungkin pada saya, pengalaman pertama menjadi salah seorang panel forum, performance tidak lah perfect. tapi sekurang-kurangnya saya dapat merasainya. pada saya, saya memandang semua ni dengan pandangan positif. jadi, bila kita fikir positif, kesannya juga adalah kesan yang positif.

saya menganggap KELEMAHAN yang ada pada diri saya sebagai satu PELUANG untuk saya terus yakin pada diri. yakin bahawa "SAYA BOLEH LAKUKANNYA!!!"

jadi, jangan kita anggap kelemahan yang ada pada diri kita, kita tak mampu nak hadapinya. asalkan kita berfikiran POSITIF. insya-Allah semuanya menjadi baik.

PANDANGLAH SESUATU DENGAN PANDANGAN POSITIF. HAKIKAT KITA DAPAT LAKUKAN ATAU PUN TIDAK, BERGANTUNG PADA ALLAH. DIA SANG PEMBERI. APA YANG MAMPU KITA LAKUKAN, LAKUKAN YANG TERBAIK.

sekadar itu dahulu perkongsian ini.

Waallahua'alam...






















No comments:

Post a Comment