Bismillahirrahmanirrahim.......
syukur alhamdulillah kerana Allah masih lagi memberi peluang dan ruang untuk diri ini menggunakan jari-jemari ini untuk menulis sesuatu di lembaran dada blog ini. syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi peluang kepada diri ini merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikman IMAN dan nikmat ISLAM. selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. melalui baginda, hari ini agama ISLAM tersebar luas di seluruh dunia.
Sekadar perkongsian yang mungkin isi yang ditulis mungkin saja hanya biasa-biasa tapi insya-Allah bagi sesiapa yang ingin kebaikkan,yang biasa-biasa boleh jadi sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya.
KELEMAHAN MENJADI SATU PELUANG????
macam mana kelemahan boleh bertukar kepada peluang? setiap orang Allah berikan kekuatan dan kelemahan dalam diri masing-masing. tapi sejauh mana kita memandang kelemahan yang ada pada diri kita agar ia boleh menjadi kekuatan dan peluang pada kita?
Alhamdulillah,Allah izin saya mendapat jemputan khas dari Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) untuk memberi sedikit perkongsian kepada adik-adik sempena sambutan ITHAR'S DINNER. walaupun saya sedar, diri saya bukan lah layak untuk memberi motivasi dan berkongsi sesuatu dengan adik-adik. kalau nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain, mereka lagi layak. saya bukan lah seorang yang pandai berkata-kata apatah lagi bila memberi motivasi di hadapan pelajar kolej yang pada ketika itu pesertanya sekitar 90 orang.
Orang yang tak biasa bercakap dihadapan ramai orang, mungkin mereka gugup dan terketar-terketar. tapi menurut pakar motivasi yang pernah saya hadiri dalam satu program,katanya apabila berkeadaan sebegitu adalah normal bagi seseorang yang berhadapan dengan ramai orang.
Apa yang saya nak kongsi disini, walaupun pengalaman pertama menjadi panel jemputan untuk slot forum bersama alumni, saya bercakap pada diri saya," Allah tahu kamu mampu Nazifa, kerana itu Allah memilih kamu."
memang saya tak menafikan apabila berhadapan dengan mereka, penyakit gemuruh, berdebar semuanya berkumpul menjadi satu. bagi saya, walaupun pengalaman ini adalah pengalaman yang pertama bagi saya, saya bersyukur Allah memberi peluang dan kesempatan kepada saya untuk merasai dan melalui semua ini. Allah itu baikkan? walaupun kita tak minta, tapi DIA bagi PELUANG pada kita. DIA tahu kita mampu lakukannya. mungkin pada saya, pengalaman pertama menjadi salah seorang panel forum, performance tidak lah perfect. tapi sekurang-kurangnya saya dapat merasainya. pada saya, saya memandang semua ni dengan pandangan positif. jadi, bila kita fikir positif, kesannya juga adalah kesan yang positif.
saya menganggap KELEMAHAN yang ada pada diri saya sebagai satu PELUANG untuk saya terus yakin pada diri. yakin bahawa "SAYA BOLEH LAKUKANNYA!!!"
jadi, jangan kita anggap kelemahan yang ada pada diri kita, kita tak mampu nak hadapinya. asalkan kita berfikiran POSITIF. insya-Allah semuanya menjadi baik.
PANDANGLAH SESUATU DENGAN PANDANGAN POSITIF. HAKIKAT KITA DAPAT LAKUKAN ATAU PUN TIDAK, BERGANTUNG PADA ALLAH. DIA SANG PEMBERI. APA YANG MAMPU KITA LAKUKAN, LAKUKAN YANG TERBAIK.
sekadar itu dahulu perkongsian ini.
Waallahua'alam...
Saturday, February 2, 2013
Friday, January 25, 2013
HIKMAH ISTIKHARAH
Tahukah anda solat sunat istikharah bukan hanya dilakukan untuk mendapat petunjuk tentang JODOH tetapi solat sunat istikharah juga amat dituntut setiap orang beriman. Ini membuktikan bahawa apa - apa keputusan yang dilakukan berdasarkan keputusan daripada Allah. seharusnya sebagai Muslim,segala perkara yang memerlukan kepada jawapan yag tepat, haruslah ditanya pada RABB kita terlebih dahulu dengan cara menunaikan solat sunat istikharah terlebih dahulu agar keputusan yang dibuat tidak membawa penyesalan suatu hari nanti.
Di sini, saya ingin berkongsi tentang hikmah kita melakukan solat sunat istikharah. Semoga ia memberi manfaat pada kita semua.
HIKMAH SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Menggantikan kebiasaan kaum jahiliah
pada kebiasaanya kaum jahiliah yang ingin menetapkan pilihan mereka melalui burung-burung atau melalui anak panah, baik ketika ingin menentukan pilihan mereka dalam perkahwinan, ketika hendak berjalan jauh, atau ketika hendak melaksanakan sesuatu urusan yang mereka anggap penting dalam kehidupan, rumah tangga mahupun kepercayaan.
ilmu yang sangat HALUS
menurut kitab Al-Sunan Wa al--Mubtada' mengatakan bahawa orang-orang yang melupakan solat istikharah ini bermakna telah melalaikan ilmu yang sangat halus yang merupakan kemudahan daripada Allah s.w.t melalui solat. kemudian berpaling ke jalan kefasiqan.
penyataan yang TULUS
solat istikharah merupakan satu 'instrument' yang sangat tulus bagi seseorang Muslim kerana kebergantungan kepada Allah secara total dan tidak mengharap selainnya. Dengan kata lain, segala keputusan yang nak dibuat, Allah lah tempat rujukan yang utama sebagai penemu jawapan yang hakiki.
surah dan doa solat sunat istikharah
Mengenai surah yang dibaca, ada ulama mengatakan bahawa dalam solat ini elok dibaca surah Al-Kafirun dan surah al-Ikhlas. Tetapi menurut Sayyid Sabiq mengatakan tidak ada surah yang khusus untuk dibaca dalam solat ini dan tidak perlu dikerjakan secara berulang-ulang.
Memilih jodoh
solat istikharah amat digalakkan kepada seseorang yang bimbang memilih jodohnya.
Rasulullah s.a.w bersabda :
"sembunyikanlah pinangmu,kemudian berwuduklah dan perbaikilah wudukmu, kemudian lakukan solat seberapa yang telah ditetapkan oleh Allah(maksudnya seberapa dikehendaki). sesudah itu pujilah Allah"
semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua, insya-Allah.
Di sini, saya ingin berkongsi tentang hikmah kita melakukan solat sunat istikharah. Semoga ia memberi manfaat pada kita semua.
HIKMAH SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Menggantikan kebiasaan kaum jahiliah
pada kebiasaanya kaum jahiliah yang ingin menetapkan pilihan mereka melalui burung-burung atau melalui anak panah, baik ketika ingin menentukan pilihan mereka dalam perkahwinan, ketika hendak berjalan jauh, atau ketika hendak melaksanakan sesuatu urusan yang mereka anggap penting dalam kehidupan, rumah tangga mahupun kepercayaan.
ilmu yang sangat HALUS
menurut kitab Al-Sunan Wa al--Mubtada' mengatakan bahawa orang-orang yang melupakan solat istikharah ini bermakna telah melalaikan ilmu yang sangat halus yang merupakan kemudahan daripada Allah s.w.t melalui solat. kemudian berpaling ke jalan kefasiqan.
penyataan yang TULUS
solat istikharah merupakan satu 'instrument' yang sangat tulus bagi seseorang Muslim kerana kebergantungan kepada Allah secara total dan tidak mengharap selainnya. Dengan kata lain, segala keputusan yang nak dibuat, Allah lah tempat rujukan yang utama sebagai penemu jawapan yang hakiki.
surah dan doa solat sunat istikharah
Mengenai surah yang dibaca, ada ulama mengatakan bahawa dalam solat ini elok dibaca surah Al-Kafirun dan surah al-Ikhlas. Tetapi menurut Sayyid Sabiq mengatakan tidak ada surah yang khusus untuk dibaca dalam solat ini dan tidak perlu dikerjakan secara berulang-ulang.
Memilih jodoh
solat istikharah amat digalakkan kepada seseorang yang bimbang memilih jodohnya.
Rasulullah s.a.w bersabda :
"sembunyikanlah pinangmu,kemudian berwuduklah dan perbaikilah wudukmu, kemudian lakukan solat seberapa yang telah ditetapkan oleh Allah(maksudnya seberapa dikehendaki). sesudah itu pujilah Allah"
semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua, insya-Allah.
Thursday, January 17, 2013
sEbuah !JTihad...
Desiran angin petang menghembus tirai
kamar milik Syihabuddin yang sedang asyik termenung mengenang kisah lampau satu tahun
lalu yang telah menimpa dirinya....
“kringg..kringgg.kringggggg….”
Telefon bimbit Sony Ericsson kepunyaan Syihabuddin
dari tadi asyik berdering. tapi pemiliknya tidak pula menjawab … Barangkali
tidak menyedari deringan tersebut.
“Huh!!! Letihnya hari ni..banyak pulak
pensyarah bagi assingment..dia ingat kita ni mesin ke nak cepat-cepat..kita ni
manusia tau..ada hadnya..
Wan, ada nampak tak handset ana? Dari tadi ana cari, tapi tak jumpa-jumpa
pun.”
“Hmmm…din..din…cuba
anta ingat balik kat mana kali terakhir anta letak handset tu…manalah tahu anta
tak terambil ke masa nak ke kuliah pagi tadi…”
“Haaa…betul
jugak kata anta tu…jap ana cuba ingat semula…”
Lima minit
kemudian…….
“Wan, ana dah
jumpa handset ana. Rupa-rupanya ana letak dalam almari..patutlah tak
jumpa..simpan kat tempat lain rupanya..”
“Haaa…tu lah anta..lain kali simpan
betul-betul..ni dah pening jadinya…”
“Wah!!!banyaknya miscol dan
massage…siapa la agaknya…”
“adik…kenapa tak angkat telefon…dari
tadi akak col tapi tak dapat-dapat..”
“adik….angkatlah..”
“adik…kalau tengok massage ni col
akak ye…ada hal penting ni yang adik mesti tahu…
Semoga
Allah memberi ketabahan kepada adik..”
Inilah
diantara mesej yang dihantar oleh kakak syihabuddin.
“aikk…peliknya…ada
apa-apa ke ni??
Selama ni tak
pernah pulak hantar mesej sebanyak ni…ni mesti ada apa-apa ni….ish…tak boleh
jadi ni….”
Serta-merta
jantung Syihabuddin berdegup kencang seperti baru menamatkan larian olahraga 200
meter.
Lantas dia
terus menelefon kakaknya….
“tut..tut..tut…tut…
Assalamualuaikum…”
“Waalaikumussalam…adik
apa khabar??”
“Alhamdulillah,sihat..akak macam mana?”
“akak…macam biasa lah..Cuma...”
“Kenapa?? akak sakit ke??”
“Tak da la
dik…Cuma…Cuma…”
“Cuma apa
kak?? bagitahulah…jangan buat adik tertanya-tanya…”
“Sebenarnya…..sebenarnya….”
Tangisan kakak sudah kedengaran…
“Ish…peliknya…apasal
plak kakak aku menangis dengan tiba-tiba ni..”
Syihabuddin bermonolog
sendirian.. debaran kian dirasainya.
“Sebenarnya
apa kak? jangan buat macam ni kat adik…”
“Sabar ye dik…sebenarnya
ayah kita dah tiada..”
“Ayah pergi
mana kak??”
“Adik…dengar
sini baik-baik ya… ayah kita dah meninggal dunia pagi tadi..sebab tu akak col
adik banyak kali tapi adik tak angkat-angkat…”
“akak
bohong….adik tak percaya…ayah masih hidup…ayah kita masih hiiiiiiduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuppp…”
Serta merta Syihabuddin
jatuh terjelepuk di atas lantai. Dia menangis semahu-mahunya.
Kebetulan pada
masa itu hanya tinggal dia dan temanya, Wan.
“Din…Din…Din..
anta kat mana tu..dari tadi ana tunggu …ana nak ajak anta keluar…Din…Din…aik…peliknya…kenapa
diam je ni…aku rasa dia tak pergi mana-mana tadi…tapi kenapa panggilanku tak
bersahut…aik…siapa pulak tu yang menangis..takkan perempuan kot ada dalam bilik
ni…Sejak bila pulak pihak universiti benarkan pelajar siswi masuk kamar siswa… ish..ish…musykil aku…tak
pe..tak pe..aku ada kaki…biar aku pergi tengok sendiri…siapa yang nak sangat menangis
tu…”
Terjegil biji
mata Wan ketika melihat sahabatnya, Syihabuddin menangis teresak-esak sambil
memegang telefon bimbit.
“Masya-Allah…anta…kenapa
ni???
Apa yang dah
berlaku?? cuba anta bagi tahu kat ana.. manalah tahu ana boleh bantĂș ke…”
“……………………………………………………….”
“Anta…kenapa
ni??
Ana ada buat
salah apa-apa ke pada anta…kalau ada, ana mintak maaf…”
“……………………………………….”
“Anta…janganlah
macam ni….risau ana…”
“Wan...ayah
ana dah tiada.dia meninggal dunia pagi tadi…dia accident”
“Hah!!gurlp…innalillah
wainna ilaihi rojiu’n…ya Allah…beratnya ujian yang Allah bagi kat anta…..sabar
ye anta…”
“Anta…kenapa
Tuhan cepat sangat ambil nyawa ayah ana…Ana sanggup ganti tempat ayah ana….ana
sanggup pergi dulu…janganlah ambil nyawa ayah ana....Ayah…jangan tinggalkan
Din…Din sayangkan ayah…ayah….maafkan Din…maafkan Din,.yah….”
Syihabuddin
kembali menangis… tangisnya kini mengalahkan budak kecil menangis.
“Anta…sabar
ye… Setiap manusia pasti akan mati. Cuma waktu dan ketikanya sahaja kita tak
tahu.. Allah ambil nyawa ayah anta itu tandanya Allah sayang ayah anta…suatu
hari nanti ana pun akan dijemput oleh Allah…
Anta…tak baik
kita meratapi kematian seseorang hatta arwah ayah kita sekalipun.. seksa mayat
tau… tabahkan hati ye… ana tahu…anta yang ana kenal seorang yang kuat
menghadapi ujian-NYA…”
“Wan…ana….ana…ana
…”
“Anta…dah…dah..jom
bersiap-siap kita pergi rumah anta…jumpa ayah anta buat kali terakhir…..pasal assignment
tu anta tak payah fikir lagi..jom cepat bersiap
…”
Air mata Syihabuddin
sejak dari tadi tidak berhenti-henti mengalir di pipi. Temannya, wan asyik
melihat gelagat sahabatnya itu. Dari hatinya yang tulus, dia mendoakan agar
Allah memberi ketabahan kepada sahabatnya. Dan semoga Allah merahmati serta mencucuri
roh arwah ayah sahabatnya itu.
*********************************************************
Seminggu kemudian….
“Din... kenapa
ni… dari tadi ana tengok anta bersendirian. makanan yang ana sediakan pun tak
dijamah.. makanlah sedikit… kesian perut anta tu…”
“Anta….ana
rindukan arwah ayah ana …ana tak sempat nak mohon ampun darinya.. Ana dah
banyak buat dosa kat arwah.”
“……………………………………”
“Anta…sabar
ye…tabahkan hati.. Insya-Allah arwah ayah anta dah maafkan anta dan segala
kesilapan anak-anaknya..banyakkan berdoa pada-NYA kerana DIA lebih mengetahui
apa yang terjadi.”
Sekali lagi
manik-manik jernih berguguran jatuh membasahi pipi Syihabuddin. keadaanya
semakin teruk. seperti sudah kehilangan
semangat untuk meneruskan hidup. keadaanya kini sudah tidak seceria seperti
dahulu. Selalu bersendirian dan murung.. kadang-kadang hidupnya tidak tentu
arah.. tidak menghadiri kuliah, assignment yang diberi tidak disiapkan pada
waktu yang telah ditetapkan. Syihabuddin yang dahulu sudah lenyap …yang tinggal
hanyalah bayang-bayang keceriaannya pada masa lalu.
Tibalah suatu saat yang betul-betul
mengejutkan sahabatnya....
“Wan, ana nak berhenti belajarlah. Ana
nak bekerja…ana nak tolong keluarga ana. ana nak tolong mak dan adik-adik ana
yang masih kecil tu..ana sanggup korbankan masa depan ana untuk membantu mereka..ana dah tiada semangat nak teruskan
pengajian ana ni..ana tahu walaupun ana baru semester satu tapi…………..
Ana
betul-betul tak mampu nak teruskan pengajian ana ni.”
“Ish…kawan aku ni biar betul tak nak belajar dah…
Din..anta tak boleh macam ni..sanggup
anta hampakan harapan arwah ayah anta..anta tak boleh macam ni..anta mesti
bangkit..jangan hampakan harapan semua orang terutama mak anta sendiri..
Sahabatku…janganlah cepat tewas dengan ujian -NYA..anta harus
kuat..”
“…………………………………………”
“anta harus
teruskan perjuangan ini walaupun dugaan yang Maha Esa sangat berat menimpa
anta..
Din,..anta
bukan keseorangan. . Anta ada sahabat-sahabat yang sentiasa bersama-sama dengan
anta. Apa gunanya jika perkataan ukhwah fillah yang dulu sering meniti
dibibir kita dan sekarang bila anta berkeadaan macam ni kenapa pula nak
tinggalkan sahabat yang dulu selalu
bersama kita bersendirian menanggung kesedihan seorang diri. Anta… ingatlah!! kitorang
selalu bersama-sama dengan anta dan
Insya-Allah kitorang takkan tinggalkan anta keseorangan menanggung beban yang
anta tangggung sekarang.. Anta dah lupa ke janji kita dulu..susah senang kita
sama-sama rasa kerana ukhwah kita untuk selama-lamanya dan bukan hanya sekejap
cuma…”
“sahabat…
bukan untuk dijadikan teman semasa susah
sahaja.. tetapi semasa senang..
ada dikalangan manusia hanya mencari teman sewaktu dalam kesusahan..
bila senang sahabat yang selama ini bersusah dengan nya langsung tidak dihiraukan”
ada dikalangan manusia hanya mencari teman sewaktu dalam kesusahan..
bila senang sahabat yang selama ini bersusah dengan nya langsung tidak dihiraukan”
“Ya Allah !!!
Apa yang aku dah
buat ni????
Astagfirullah
al a’zim…
Ya Rabb!!!
Terima kasih mengurniakan aku seorang sahabat sejati
dalam hidupku.”.
Sahabatku….
indahnya dunia dapat dilihat dengan mata
indahnya hati tak semua orang dapat merasa
indahnya cinta tak semanis namanya
tapi indahnya persahabatan tak ternilai harganya…..
indahnya dunia dapat dilihat dengan mata
indahnya hati tak semua orang dapat merasa
indahnya cinta tak semanis namanya
tapi indahnya persahabatan tak ternilai harganya…..
“Syukran ya
akhi…anta dah banyak membantu ana…alhamdulillah ana dah sedar ana tak boleh
menyerah kalah dan berputus asa…ana tak tahu nak cakap macam mana lagi.. Anta
dah banyak bantu ana selama ni…syukurlah Allah telah menghantar anta untuk
membantu ana dalam meneruskan perjuangan ini..”
“Hmmm…anta..anta….dah..dah….pergi
basuh muka tu…mata pun dah bengkak tu.. …tak penat ke
dari tadi menangis…hehehehe…”
“hah!!betul ke
mata ana bengkak….hehehe…malunya ana…tapi tak pe..ana dah tenang Sekarang..kata
pakar psikologi menangis adalah salah satu cara nak mendapat
ketenangan..hahaha…”
“eeeeeeeeee….macam
perempuan…..”
“Biarlah. Yang
penting ana dah puas hati. dan ana dah tekad…ana takkan cepat berputus asa lagi….ana
takkan kecewakan dan hampakan harapan orang-orang yang ana sayang kerana
Allah…selepas ni ana akan buktikan pada semua orang bahawa ana mampu berjaya
walaupun ana telah kehilangan orang yang tersayang dan keadaan ini akan menguatkan
lagi semangat ana untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar dan yang
paling penting sebagai hamba Allah…
Ana akan
berusaha menuntut ilmu Allah sebanyak mungkin selagi DIA memberi ana kekuatan
untuk berbuat demikian..”
“Wow!!!betul
ke kawan ana ni?? syukur alhamdulillah.. Allah dah kembalikan semangat pada
anta…bahagia ana rasakan saat ini..
Semoga
semangatmu terus menyala dan tidak cepat terpadam dek arus dunia.
Hmmm….bila semangat bersatu…ukhwah pun terbina…
renung-renungkanlah…..”
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang
yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang
yang terbaik terhadap jirannya” (H.R
al-Hakim)
*********************************************************
“Hai…..Din…dari tadi ana
tengok anta termenung kat tepi jendela…ingat kat siapa tu…orang tersayang ke??? Hehehe…”
“Ish…anta ni…ada-ada je lah….”
“Anta,..mana sahabat-sahabat
kita yang lain?
Dari tadi ana tak
nampak…diorang pergi mana??”
“Anta…anta….jauh benar anta
mengelamun ya…..sampai tak perasan sahabat kita ajak anta keluar pergi
usrah…ish..ish…ish….”
“hah!!…ye ke??”
oh
Tuhan..tunjukkanku jalan
untuk menempuhi dugaan ini
teman maafkan jika ku melukaimu
moga ikatan ukhwah yang dibina
ke akhirnya….
untuk menempuhi dugaan ini
teman maafkan jika ku melukaimu
moga ikatan ukhwah yang dibina
ke akhirnya….
Wednesday, January 16, 2013
N!KMAT ALLAH TIDAK TERKIRA
" Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berjanji kepadamu: "sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami menambah nikmatku kepadamu." (Ibrahim:7)
sungguh! nikmat Allah itu kalau nak dihitung, tak terhitung. Terlalu banyak nikmat yang dia bagi pada kita..nikmat kesihatan..nikmat IMAN...nikmat bernafas. tapi...adakah kita bersyukur segala apa yang DIA bagi pada kita??? malah seringkali kita menjadi insan yang lupa diri, lupa untuk mengucapkan syukur pada-nYA..(malu rasa diri ini bila membahaskan tentang SYUKUR).
sungguh! nikmat Allah itu kalau nak dihitung, tak terhitung. Terlalu banyak nikmat yang dia bagi pada kita..nikmat kesihatan..nikmat IMAN...nikmat bernafas. tapi...adakah kita bersyukur segala apa yang DIA bagi pada kita??? malah seringkali kita menjadi insan yang lupa diri, lupa untuk mengucapkan syukur pada-nYA..(malu rasa diri ini bila membahaskan tentang SYUKUR).
Subscribe to:
Posts (Atom)